Check My Schedule

August 09, 2010

Announcements

August 09, 2010

To my dearest customer,

Dengan ini diumumkan bahawa, My Small Bakery akan menutup operasinya buat sementara waktu atas sebab2 peribadi. Segala tempahan tidak akan diterima sehingga diberitahu kelak.

Bagaimanapun, tempahan untuk kuih raya masih lagi dibuka seperti biasa..:). Buat tempahan anda sekarang yer..


August 02, 2010

Happy B'day Faris

August 02, 2010

25 pcs (M size) cuppies ordered from Tini, Kuantan. Tini nak Chelsea theme & mintak siti deliver pada Faris kat Lembaga Lebuhraya (LLM), Bangi. Dah selamat pun deliver tadi kul 9++. Thanks Tini sudi order dari akak. :)






July 31, 2010

Moist Chocolate Cake for Fiza

July 31, 2010

Lagi satu tempahan yang siti terima dari rakan yang berada di Kuantan. Kek ini juga dibawa oleh Isma untuk diserahkan kepada tuan empunya, Fiza. Thanks Fiza sudi order dari siti. Harap Fiza puas hati yer. :)




July 30, 2010

Happy birthday Hubby Sayang (2)

July 30, 2010

Note: Gambar copy dari customernya album. Dek kerana gambar yg siti ambik tak jelas.

Inilah lagi 25 biji cupcakes yang siti buatkan untuk Faizah. Deco menggunakan fondant. Kata Faizah, hubby dia suka sangat dengan golf, sampai termimpi2..hehehe...So, siti cubalah sedaya upaya untuk memenuhi permintaan Faizah yang nak tema golf ni.

Banyak juga research siti kena buat. Maklum la, siti ni tak pernah pergi belajar buat kek/cupcakes ni secara professional. Setakat ni cuma belajar dari internet & mintak serba sedikit pendapat dari kawan2.

Apepun, siti harap Faizah berpuas hati yer. :)










Happy Birthday Hubby Sayang


Birthday Cupcakes ni di tempah oleh sahabat siti yang berada di Kuantan, Faizah. Kebetulan sungguh masa Faizah nak order cupcakes ni, ada sahabat siti (Isma) nak balik ke kampung. So, siti kirimkan cupcakes ni untuk di hantar kepada Faizah. Thanks Isma.

Faizah order 50 biji cupcakes sebenarnya. Lagi 25 biji kat next entry yer. Faizah kata nak tema yang ceria dengan warna2 hijau, merah, kuning & putih. Thanks Faizah sebab sudi order ngan siti. Jauh cupcakes ni berjalan..hehehe






 

My Small Bakery & Catering House Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template